Tuesday 22 May 2012

Masih lagi kenangan itu terlayar di mataku.. Saat kegembiraan kita,saat kesedihan kita..dikongsi bersama setiap masa.. Ada satu kenangan yang tak mampu aku lupakan hingga hari ini.. Kau ingat tak?? sebelum aku pergi sambung belajar,kau bagi aku surat.. Suratmu yang merupakan lagu bertajuk "SAHABAT".  Kau tulis lagu tu dengan tulisan tangan.Aku ingat lagi,kau bagi surat tu awal dari tarikh aku berangkat.Kau kata bace lepas aku pergi..masa tu hati aku dah meronta-ronta nak bace tapi aku hormat pesan kau.. Aku tahu,mungkin kau tak nak aku bace depan kau,sebab kau tak nak nangis depan aku..Masa aku nak pergi aku sedih sangat,akhirnya aku tinggalkan kau untuk teruskan perjuangan kita. Kau kata,kau akan menyusul.. Sampai kat sana,aku bukak dan aku bace surat tu..menitis air mata bace surat tu..rupanya lagu tu adalah luahan hati kau.aku lekat surat tu kat dinding sebagai pengubat rindu dan pemberi semangat walaupun kau takde di sisi aku masa tu.. Saat ade masalah,aku tengok kata-kata dalam surat tu..aku rasa cam kau ade bersama aku..kau bagi nasihat dan kekuatan untuk aku bangun dari kekecewaan.. hakikatnya kau pemberi semangatku..walau jarak memisahkan,ikatan persahabatan itu menjalinkan kita.. itulah kenangan terindahku saat bersamamu.. (^_^)

Sunday 20 May 2012

Assalamualaikum Cinta..Alhamdulillah,hari ini ada sesuatu yang inginku coretkan.. sebagai pengubat rindu dalam meniti hari-hari yang berlalu.. coretan ini ku tujukan buat insan yang pernah menjadi yang teristimewa dalam hatiku..


Terima kasih sahabat-shabatku..sudi hadir dalam setiap kenangan indah hidupku..terasa inginku abadikan saat indah itu di setiap genap inci kegembiraanku..Maafku pohon andai pernah menyakiti hatimu..Maaf juga andai pernah membuatmu menangis kerana kedegilanku..Aku adalah insan biasa yang cuba mencari kebahagiaan di sebalik kehadiran sahabat..ku akan doakan yang terbaik untukmu. kejarlah impianmu dengan penuh semangat dan redha illahi.. hidup takkan selamanya indah,andai hadir dugaan itu kerana Allah terlalu menyayangimu..bersabarlah,mungkin Allah ingin memberi yang lebih baik untukmu..dan aku masih di sini,mendoakan dan menyokongmu di dalam setiap perjuanganmu..dari kejauhan aku memerhati dan menunggumu..