Wednesday 26 December 2012

Belajar untuk ikhlas..


Assalamualaikum cinta..


Sukar untuk mencari keikhlasan..terkadang mulut menyatakan ikhlas namun hati masih tidak merelakan.. Amat sukar hari-hari yang ku lalui,terkadang kecewa,terkadang kelihatan tabah.. bagaimana harusku lalui,andai hati masih tidak ikhlas.. harus ku akui,terlalu berat untuk menerima,kemungkinan yang tiada pasti..perpisahan atau bahagia. adakah aku yang cepat putus asa,atau diri terlalu banyak mengalah.. apa yang harus aku lakukan?? Menerima takdir tanpa berusaha atau bertahan walau hati dihimpit kecewa  .. Ya Allah,hakikatnya aku tidak kuat,bisa rebah andai iman tiada di hati.. bimbinglah jiwa ini,gengamlah hati ini..dekatkanlah hatiku dan hatiMu..

Pada waktu pagi ini,juga waktu-waktu pagi yang mendatang,ku harap moga aku menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan NikmatMu,redha dengan setiap ujianMu agar dugaan ini menyambungkan hubunganku denganMu..

Ya Allah,sesungguhnya aku hambaMu yang lemah..tiada upayaku menghadapi semua ini tanpa DiriMu..DenganMu aku lebih ampuh,denganMu aku lebih ikhlas,DenganMu aku lebih bertakwa..jangan biarkan dugaan ini jauhkan aku DenganMu..
Deraian air mata mulai jatuh di tubir mataku,perlahan penuh kesunyian..menanggung rindu pada sebuah persahabatan..Adakah keikhlasan aku untuk mempunyai sahabat sejati itu tak akan pernah tercapai?? Andai mereka tahu,bukan kebanggaan yang ku harapkan,Cuma kasih dan sayang kerana Allah.. Andai mereka tahu,aku hanya ingin mencari diri seorang yang bisa menemaniku menuju jalan syurga,berjuang mencari sebuah cinta milik Illahi..pastikah mereka akan menerimaku..

Amat susah dalam pencarian ini,terhalang dek dugaan yang berliku,terkadang terguris dalam ketawa..ku kuatkan diri untuk bertahan,melupa akan kesakitan.. Bukankah sahabat sejati itu cermin diri kita?? Di manakah cermin itu?? Siapakah gerangan yang ingin menjadi cerminku untuk menemani perjuangan ini??
Terasa jauh sendiri perjuangan tanpa teman,berdetak laju tanpa tujuan..ku inginkan kedamaian itu bersamamu teman,bukan milikku seorang..

Tahukah kamu,air mata doa sentiasa ku panjatkan untukmu..andai takdir aku bukan teman dunia dan syurgamu,akanku doa moga kau bahagia..bukan dengan kemewahan atau kecantikan,moga Allah sentiasa bersamamu. Memelihara imanmu agar tidak goyah ditongkat dunia,mengurniakanmu sahabat yang ampuh membuatmu lebih cintakan akhirat dari duniawi,memberimu sejuta kebahagiaan dan kegembiraan..walaupun hati pernah terdetik,biarlah aku menjadi sahabat penyejuk duniamu dan pendamai syurgamu,andai takdir telah tertulis bahawa..bukan aku..tidak ingin aku kecewa,kerana mungkin takdir itu bukan untuk kita.

Dan aku,masih di sini,mencari sebuah cinta dan pengharapan. Mengejar ketakwaan dan ketenangan dari yang maha Esa..hanya ini cita-citaku.. andai aku bukan ditakdirkan menjadi sahabatmu nanti,ingatlah aku dalam setiap bisikan doamu..kerana hanya itu yang aku perlukan,moga Allah menerimaku di sisiNya..

Wahai hati yang sedikit ampuh pada ketenangan,jadikan aku tegar atas dugaan ini..walaupun impianku tinggi ingin memiliki sahabat syurga,mungkin bukan mereka tercipta untukku. Jadikan hati ini ikhlas merelakan pemergian mereka,kerana aku tidak ingin merasa kecewa,pada takdir yang maha Esa..mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu itu,. Tak inginku terikat pada perasaan,ingin memiliki dan dimiliki.. andai aku ikhlas menyayangi mereka keranaMu illahi,biarlah Engkau tentukan jalan bahagia itu..tunjukkan kami jalan yang lurus,jalan syurgaMu yang kami idami agar nanti jika takdir kami dipertemukan di syurgaMu,kami mampu tersenyum.. dan aku mampu mengenali mereka lagi.. amin  

Monday 2 July 2012

Love u All.. (^_^)

Assalamualaikaum warahmatullahiwabarakatuh.. (^_^) 

Adik-adik yang akak sayangi kerana Allah..Alhamdulillah,sepanjang tiga hari kita bersama akak rasa amat bahagia dan bersama adik-adik merupakan kenangan yang paling manis..dapat kenal adik-adik,berkongsi cerita dan kegembiraan.. Pada awal pertemuan,akak takut sangat sebab akak tak bersedia pun nak jadi fesi..lagi-lagi nak handle adik-adik yang darjah 5..

masa akak sampai,akak tengok adik-adik lari-lari..cuaknyee..huhu..macam mane nak handle nie..tapi lepas akak kenal adik-adik akak jadi bersemangat..wlaupun adik-adik nie suke bertanya tapi akak layan dengan baik..rasa macam jatuh sayang je mase tu.. 

mase makan paling akak suka,adik-adik suap kat akak,kita makan sama-sama dan adik-adik berebut nak suapkan akak..tak tahu nak makan sape punya..tapi tu kenangan yang paling akak tak dapat lupakan.. :-) 

akak nak mintak maaf andai sepanjang kita bersama akak ade termarah kat adik-adik,tak terlayan dan termoody tiba-tiba..maybe akak penat sangat tak dapat tidur secukupnya.. walau pe pun akak tak pernah rase terbeban..akak buat dengan ikhlas.. (^_^)

(~_~) Yang paling akak sedih time hari last,ade yang cakap tak nak balik sebab tak nak berpisah dengan akak,mase tuh masing-masing dah xde mood nak cerita pasal balik..akak faham tapi akak diam sebab mase tu akak pun nak nangis sebenarnya..huhu..

akak terharu sangat bila adik-adik cakap akan ingat semua pesanan akak..maknanya tak sia-sia akak ajar kat adik-adik.. akak nak adik-adik jangan lupakan pesanan akak..

* jaga solat
* jangan ponteng solat dan cukupkan 5 kali sehari semalam
* yang penting lakukan sesuatu yang baik tu kerana Allah ta'ala,bukan kerana mak ayah atau akak suruh.
* akak nak adik-adik akak jadi insan yang terbaik dan berjaya dunia akhirat..belajar bersungguh-sungguh kerana Allah dan banggakan family adik-adik..
* jadi anak-anak yang SOLEHAH yea..akak akan sentiasa doakan adik-adik..

akak akan always rindukan adik-adik dan doa akak akan sentiasa mengiringi adik-adik..caiyok2!!
akak takkan lupakan kenangan kita bersama..adik-adik memang THE BEST bagi akak.. (^_^)

ikhlas dari kak IDA untuk adik-adik yang akak sayangi kerana Allah.. <3 <3 <3


Tuesday 22 May 2012

Masih lagi kenangan itu terlayar di mataku.. Saat kegembiraan kita,saat kesedihan kita..dikongsi bersama setiap masa.. Ada satu kenangan yang tak mampu aku lupakan hingga hari ini.. Kau ingat tak?? sebelum aku pergi sambung belajar,kau bagi aku surat.. Suratmu yang merupakan lagu bertajuk "SAHABAT".  Kau tulis lagu tu dengan tulisan tangan.Aku ingat lagi,kau bagi surat tu awal dari tarikh aku berangkat.Kau kata bace lepas aku pergi..masa tu hati aku dah meronta-ronta nak bace tapi aku hormat pesan kau.. Aku tahu,mungkin kau tak nak aku bace depan kau,sebab kau tak nak nangis depan aku..Masa aku nak pergi aku sedih sangat,akhirnya aku tinggalkan kau untuk teruskan perjuangan kita. Kau kata,kau akan menyusul.. Sampai kat sana,aku bukak dan aku bace surat tu..menitis air mata bace surat tu..rupanya lagu tu adalah luahan hati kau.aku lekat surat tu kat dinding sebagai pengubat rindu dan pemberi semangat walaupun kau takde di sisi aku masa tu.. Saat ade masalah,aku tengok kata-kata dalam surat tu..aku rasa cam kau ade bersama aku..kau bagi nasihat dan kekuatan untuk aku bangun dari kekecewaan.. hakikatnya kau pemberi semangatku..walau jarak memisahkan,ikatan persahabatan itu menjalinkan kita.. itulah kenangan terindahku saat bersamamu.. (^_^)

Sunday 20 May 2012

Assalamualaikum Cinta..Alhamdulillah,hari ini ada sesuatu yang inginku coretkan.. sebagai pengubat rindu dalam meniti hari-hari yang berlalu.. coretan ini ku tujukan buat insan yang pernah menjadi yang teristimewa dalam hatiku..


Terima kasih sahabat-shabatku..sudi hadir dalam setiap kenangan indah hidupku..terasa inginku abadikan saat indah itu di setiap genap inci kegembiraanku..Maafku pohon andai pernah menyakiti hatimu..Maaf juga andai pernah membuatmu menangis kerana kedegilanku..Aku adalah insan biasa yang cuba mencari kebahagiaan di sebalik kehadiran sahabat..ku akan doakan yang terbaik untukmu. kejarlah impianmu dengan penuh semangat dan redha illahi.. hidup takkan selamanya indah,andai hadir dugaan itu kerana Allah terlalu menyayangimu..bersabarlah,mungkin Allah ingin memberi yang lebih baik untukmu..dan aku masih di sini,mendoakan dan menyokongmu di dalam setiap perjuanganmu..dari kejauhan aku memerhati dan menunggumu..


Thursday 12 April 2012

Tentang Diriku..


Ku Biar Qalam Berbicara,Menghurai Maksudnya Di Jiwa..Agar Mudahku Mengerti Segala Yang Terjadi Sudah Suratan Illahi… Ku Biarkan Pena Menulis,Meluahkan Hasrat Di Jiwa..Moga Terubat Segala Keresahan Di Jiwa,Tak Pernah Ku Ingini…

Assalamualaikum Cinta..Alhamdulillah,inilah diriku.. yang mempunyai kelemahan dan kelebihan. Tidak akan pernah sempurna,tapi akan cuba menjadi lebih baik dari sekarang. Bukan sebagai manusia terhebat mahupun sebagai manusia teristimewa,tapi sebagai HAMBA,ANAK,SAHABAT,ADIK DAN KAKAK YANG SOLEHAH.. 

Impianku tinggi maka aku yakin dugaan yang harus aku hadapi juga amat sukar. Namun tidak akan pernah meruntuhkan semangatku untuk mengapainya. 

Hidup ini mendewasakanku,dugaan mematangkan diriku,mengenal maksud baik tuhan pada ketentuan,menjadikan aku lebih kuat dan yakin diri. Walaupun kekadang rapuh di persimpangan,namun jalan kebahagiaan masih jauh harusku tempuhi.

Setelah sekian lama menyulam kekuatan,akhirnya aku ampuh mengenggam semangat. Tidak ada lagi air mata harusku alirkan,cukuplah hanya untuk pencipta. 

Sebelum ini,bukanku cuba menangis atas kekecewaan,Cuma menyedari kesilapan diri. Yang dulu kian mencengkam hati insan-insan yang aku sayangi,kini baruku sadari.

Hari ini aku tabah,untuk merubah segalanya. Tidakku tahu dugaan apa yang menanti di hadapan,akanku tempuh. Selagi Allah sentiasa bersamaku,akanku rempuh. Moga cintaMu Illahi sentiasa memandu arah setiap liku kehidupanku.

Pernah semalam aku terduduk,menangis di persimpangan hidup. Mencari kebahagiaan,yang aku kira telah hilang diragut kekecewaan. Ternyata aku silap,ianya tidak pernah hilang,Cuma aku yang cepat putus asa untuk mencari kebahagiaan itu.
Aku jua manusia,yang mempunyai pelbagai perasaan. Aku mula merasa rindu,pada kenangan yang telah kami ukirkan dulu. Teramat sakit akan erti rindu itu,namun aku harus melupakan perasaan itu. Aku harus mampu untuk kuat,walaupun saat ini hati rapuh menanti rebah. 

Akan aku mampu menahan tangis,andai satu hari takdirku sendirian. Andai bukan lagi ditakdirkan mengukir kenangan bersamamu teman,izinkan ku ukir sejuta harapan di pertengahan jalan. Agar nanti mampu aku tersenyum lagi di penghujung perjalanan.
Terlalu banyak rasa yang cuba ku sembunyikan,berjuta senyuman dan gelak tawa cubaku pamirkan. Ternyata hati tidak mampu menipu diri,masih menangis tatkala sendirian,mencari ketabahan di sebalik wajah ketenangan.

Aku adalah aku,hamba Allah dan Pencinta illahi. Takkan jatuh menyerah takdir,pada kekecewaan yang tiada penghujung. Akanku bangun dan terus berjuang,untuk hari ini dan hari- hari yang mendatang. Kerana aku yakin,Allah itu ada..Allah sentiasa bersama..
Untuk apa aku menyerah pada hidup,Andai aku tahu DIAlah pemberi Kebahagiaan.. Akanku berjalan tanpa henti,kerana aku yakin ada sinar yang menanti.. (^_^)

BERJALAN TANPA HENTI
Bagaikan jauh jalan yang ku tempuh,
Langkah demi langkah akanku gagah,
Hari demi hari,berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti..

Tiada bertemu arah,yakin penuh pasrah,
padaNya yang kuasa daku berserah,
Jika ku rebah,jika ku kalah,
Bersaksilah RahmatNya akan terserlah.

Segala kepahitan,segala keperitan,
Terima bagai penghapus Dosa,
Malang yang menimpa,duka yang melara,
Mungkin di baliknya ada bahagia..

Jangan-jangan berputus asa,
Dari RahmatNya yang Maha Esa..
Jangan-jangan kita lupa,
Ujian lumpahnya dunia..

Coretan Dari Hati..
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian..itulah diriku ~

Sweetnye Allah..

Allah nie SWEET sgt..!!!


Nak tahu bila saya kenal Allah? Saya mula-mula kenal Allah lepas saya kehilangan ayah yang paling saya sayang pada 2009..hah!! baru 3 tahun?? Yup,betul..baru 3 tahun. Habis tu,selama nie xkenal Allah? bukan xkenal tapi xbetul2 kenal.dulu yang saya tahu Allah tu tuhan kita,kene selalu buat baik dan jauhi laranganya,solat lima waktu,puasa bulan ramadan baru la kita digelar orang islam.tapi saya solat pun sebab mak ngan ayah suruh..kadang2 saya solat,kadang2 saya tinggal..walaupun saya tinggal saya tak rasa ape2..jahilkan saya mase 2.. sebab mase 2 saya xbetul2 kenal Allah lagi..saya tak tahu erti rindu kat Allah,saya tak tahu erti cinta kat Allah..bile ingat balik saya nangis sebab ambik mase lame untuk kenal Allah.


Tapi,satu hal yang sangat2 saya tahu,pasti dan yakin tentang Dia. Allah ni kan..SWEET sangat~ J Nak tahu kenapa saya cakap Allah sweet?? Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.


Dia Pemberi Kekuatan


 Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.


Terkadang bila balik dari class,badan terasa sangat penat. Mane dengan assignment lagi tak siap,perbentangan lagi,tibe2 dapat tahu malam nie ade test..alamak..!! buku tak bace lagi..cepat2 saya balik dan mula ulang kaji. Mula2  bace sambil bersila,pastu bersandar. Sebab penat sangat2,tak sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Dah pukul 7! Okey,semak balik ape yang dah dibace tadi. Walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, bersihkan diri,solat dan bersedia untuk hadapi test.


Terkadang pernah balik seorang diri dari Kelantan ke K.L naik bas. Sampai kat hentian kajang pukul 5pagi. Mase tu,orang tak ramai lagi,kebanyakan tinggal kat situ orang india. Masing2 yang naik bas same2 tadi dah ade orang datang jemput. Sorang-sorang. Takut ke? Tak... Gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya.
Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!


"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107).

Dia Peneman Bicara

 Banyak yang terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang. Tapi terkadang ragu. Bukannya  semua orang faham perasaan kita. Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah. Ah! Biarkan aje lah..


Tapi pada Dia, saya tak malu nak bercerita. Semua sekali! Kadang2 saya nangis kat Dia sebab dah tak tertanggung perit yang saya lalui..tapi Dia kata takpe,nangislah sepuasnya. Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!


"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29).

Dia yang Kaya Raya


Selalukan kalau kita dengar cerita kawan kita dapat kakak angkat la,abang angat la,adik angkat la yang sweet sangat,sebab ape sweet sebab kalau pergi jalan-jalan mesti akan belikan hadiah atau belanje makan. Pastu mulalah saat tu semua orang memuji. “wah! Bagusnye kakak angkat ko,sweetnye ~” 


Eleh, cukup sweet dah ke tu? Kalau yang belanja tu sekadar guna duit loan,duit mak ayah atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Takkan sepanjang masa dia nak belanja kita. Duit dia pun nak digunakan untuk kegunaan dia jugak. Dalam hati memang terdetik nak rasa semua tu tapi satu yang saya pasti,Allah akan bagi saya lebih daripada itu.

Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia. Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. Segala-galanya. Amacam? Hebat tak Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!



Tapi kan, sebab Dia sweet sangat, Dia tak bagi semua ni pada saya directly. Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada family atau sumber-sumber lain. Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya. Dan dia tahu,saya tak perlukan sangat semua nie sebab saya lagi perlukan Dia dari segalanya. Sweetkan Allah?!


"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus: 31).

Dia yang Pemaaf


Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf. Haih!
Dengan Dia, saya ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan... keMAAFan.


Daripada mula saya lahir, sampailah umur 23 tahun  dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah. Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya. Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi saya peluang lagi. Kadang-kadang Dia bagi saya ujian sebab Dia terlalu rindu nak dengar rintihan saya,masa Dia bagi nikmat,saya lupa kat Dia,terkadang saya ulang balik kesalahan yang lalu,jadi Dia bagi saya ujian sebab Dia tahu pasti saya akan cari Dia. Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik. Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia PASTI akan tetap maafkan saya. Sebab Dia SAYANG sangat kat saya..Sweetnye~~




"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53).

Dia Pemberi Ketenangan


Keluh kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila sedih,kene marah,kene hina atau bila rindukan orang yang disayangi .


"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara kakak aku , hati aku mesti tenang.dialah pemberi inspirasi kat aku selama nie" 


Masa tengah ok semua baik,ape yang dia suruh dan arahkan,kita buat..sayang punya pasal.


Tapi, bila bergaduh...
"Benci betul la aku dengan kakak aku tu,selalu sakitkan hati aku,ape yang aku buat mesti salah,macam la dia tu baik sangat..ikut suke je nak kongkong aku.serabut otak aku,kalau dia takde lagi tenang aku rasa.." A'ah, tenang la sangat.



Paling tak best, bila dia marah, si kakak pulak ikut merajuk sekali. Bukannya nak pujuk. Dia  pulak yang kena pujuk balik. Apelah! Come on la Bro! Tak sweet!!!


Hmm..~
Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat. Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti dan jauh dari saya. Sweet kan?!


"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28).

Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Jugak!
Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.


Ada ketika saya buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya syok sendiri sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu. "Ek" betul saya kat Dia, kan!


Tapi... Dia sangat sweet... Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia. Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tang tang tu jugak Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!


"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216).


Saya rindu sangat kat Allah dan Allah 10 kali ganda rindu  kat saya,dia sayang sangat sampai Dia tak pernah lupa untuk memberi peringatan pada saya. Bila saya buat silap sikit,Allah tegur saya dengan ujian. Sebab dia taknak saya terus hanyut.lepas tu,Saya akan tersedar dan kembali pada Dia. Bila Allah bagi kesenangan dan kegembiraan,saya mula lupa diri,tapi sebab dia sayang saya,Dia ingatkan saya yang kebahagiaan& kemewahan dunia hanya sementara,akhirat kekal abadi. Dia suruh saya kongsi dengan orang yang lebih memerlukan. Kata-Nya nikmat syurga sebagai balasannya..Sweetkn Allah!


"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152).
Dia Pendamping Abadi


Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.
Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Tapi, semua orang nak yang terbaik. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada saya, Dia hadiahkan saya satu nasihat. Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita nak berikan gangsa?


"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur: 26).

Dia x nak saya terburu-buru dan tersalah pilih. Kerana Dia tahu siapa yang terbaik untuk saya. Dan Dia nasihatkan saya,untuk mendapat yang soleh,saya juga perlu menjadi yang solehah. Tidak akan sempurna seseorang itu jika hatinya bukan semata-mata kerana Allah. Oleh itu,,saya telah meletakkan syarat untuk si dia. cinta ku adalah seiring cinta mu kepada agama (Allah), dan jika hilang cinta mu kepada Allah,maka akan hilanglah cintaku padamu”...  


Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar... Yang Allah tu sweet~~~ Thank you Allah!

Thursday 5 April 2012

Merubah Diri Menjadi Lebih Baik.. (^_^)


Assalamualaikum Cinta.. Ternyata kekecewaan mampu mendewasakanku..ku katakan ini sebagai kalimahku sendiri. Kekecewaan juga mengajarku erti hidup,maksud sebuah tangisan dan sekelumit rasa. Ternyata ia lebih terang jika mampu merubahnya untuk muhasabah diriku sendiri.. Terkadang hidupku terasa berat,tidak ku mungkiri pernah ingin cuba mengalah.Bukan bermaksud untuk berhenti,Cuma ku rasakan tidak kuat untuk hati terus bertahan..Lalu ku cuba mencari kekuatan melalui kekecewaan,kini ku akan memberi yang terbaik,walaupun aku bukan yang terbaik..



Tanpa disedari terlalu banyak kesilapan yang kita lakukan dalam hidup. Samada dalam sedar atau tidak,kita sebenarnya lebih memikirkan akan hal diri sendiri hingga lupa pada jiwa orang lain dan orang yang dekat dengan kita. Dalam merasa betul itu,terlakar 1000 kesalahan dalam diri kita tanpa kita sedari,dan hanya orang yang ingin menjadikan kita lebih baik akan memperbaiki kesalahan-kesalahan itu.

Tanpa kita sedari juga,orang itu sentiasa di sisi kita ketika susah atau senang kita. Menasihati saat kita salah dan menerima seadanya saat kita kekurangan. Memberi ketika kita memerlukan,gembira saat kita Berjaya. Tapi itulah kita,yang tidak pernah menyedari akan semua kebenaran ini, malah lebih memikirkan akan rasa dan hati sendiri dan akhirnya banyak jiwa-jiwa yang terluka.

Kita membiarkan mereka merawat luka itu sendiri,menjadi tabah atas kesilapan kita sendiri,membina keyakinan atas kekecewaan yang kita hadiahkan. Dan kita di sini,terus menyalahkan mereka,melemparkan segala kesalahan itu atas bahu mereka,tapi apa yang mereka buat?? Sabar dan terus bersabar,kerana kata mereka “aku menerimanya bukan kerana dirinya,tetapi kerana Allah. Maka aku menerimanya apa adanya”. Mereka itu adalah insan bernama sahabat.

Maka,tidakkah kita ingin berterima kasih dengan insan ini? Dengan cara apa?? Jawapannya.. Berhenti mementingkan diri sendiri,berhenti mencari dan mengharap yang terbaik dari sahabat kerana mereka juga insan biasa,yang akan sentiasa melakukan kesilapan. Menerima apa saja yang ada pada dirinya,samada kebaikan atau kekurangan. Tiada manusia yang sempurna melainkan Allah.

 Kadang-kadang aku menangis sendiri,aku lupa aku berkenalan dengan seorang manusia,aku berteman dengan seorang sahabat yang bernama makhluk Allah. Aku cuba membuat ia Nampak sempurna sedangkan aku tahu mereka bukan sempurna.
Berhenti mencari dan mengharap pada sahabat sejati,..x semua yang kita impikan akan dapat kita gapai,kadang-kadang x semua yang kita harapkan akan sempurna seperti yang diimpikan. Mungkin kita telah temui “dia” tapi tidak semestinya “dia” melengkapi apa yang kita inginkan,memiliki apa yang kita impikan,mengerti apa yang kita angankan, “dia jua manusia,ada kelemahan dan kelebihan. 

Jika mengaku terima seadanya,kita perlu sedia untuk dikecewakan dan menangis kerana kita sudah memilih. Mungkin pilihan kita sudah tepat,Cuma kita masih tak mampu betul-betul menerima kekurangan “dia”, Harus mempunyai sikap qana’ah (merasa cukup). 

Dunia ini penuh dengan liku-liku,jika hadapi dengan sabar dan tenang,kebahagiaan abadi di akhirat akan kita perolehi. Manusia juga tidak sama keinginan dan sifat,pasti akan ada percanggahan dan ketidak serasian. Harus berhemah menangani dan banyak mengunakan kesabaran dan pengertian. Kita tidak mampu untuk merubah orang lain,tapi harus mampu merubah diri sendiri. Jika tidak mampu mendapat yang diimpikan,cubalah menjadi yang diimpikan,itu lebih baik ..


Perpisahan Termanis (^_^)

Bila nanti kita berpisah
Jangan kau lupakan
Kenangan yang indah,kisah kita
 Jika memang kau tak tercipta untukku miliki,
Cubalah mengerti yang terjadi
Bila mungkin memang tak bisa,jangan pernah coba memaksa..
Untuk tetap bertahan,di tengah kepedihan..
Jadikan ini perpisahan termanis,
Yang indah dalam hidupmu sepanjang waktu
Semua berakhir tanpa dendam dalam hati
Maafkan semua salahku
Yang mungkin menyakitimu..(^_^)