Monday 2 July 2012

Love u All.. (^_^)

Assalamualaikaum warahmatullahiwabarakatuh.. (^_^) 

Adik-adik yang akak sayangi kerana Allah..Alhamdulillah,sepanjang tiga hari kita bersama akak rasa amat bahagia dan bersama adik-adik merupakan kenangan yang paling manis..dapat kenal adik-adik,berkongsi cerita dan kegembiraan.. Pada awal pertemuan,akak takut sangat sebab akak tak bersedia pun nak jadi fesi..lagi-lagi nak handle adik-adik yang darjah 5..

masa akak sampai,akak tengok adik-adik lari-lari..cuaknyee..huhu..macam mane nak handle nie..tapi lepas akak kenal adik-adik akak jadi bersemangat..wlaupun adik-adik nie suke bertanya tapi akak layan dengan baik..rasa macam jatuh sayang je mase tu.. 

mase makan paling akak suka,adik-adik suap kat akak,kita makan sama-sama dan adik-adik berebut nak suapkan akak..tak tahu nak makan sape punya..tapi tu kenangan yang paling akak tak dapat lupakan.. :-) 

akak nak mintak maaf andai sepanjang kita bersama akak ade termarah kat adik-adik,tak terlayan dan termoody tiba-tiba..maybe akak penat sangat tak dapat tidur secukupnya.. walau pe pun akak tak pernah rase terbeban..akak buat dengan ikhlas.. (^_^)

(~_~) Yang paling akak sedih time hari last,ade yang cakap tak nak balik sebab tak nak berpisah dengan akak,mase tuh masing-masing dah xde mood nak cerita pasal balik..akak faham tapi akak diam sebab mase tu akak pun nak nangis sebenarnya..huhu..

akak terharu sangat bila adik-adik cakap akan ingat semua pesanan akak..maknanya tak sia-sia akak ajar kat adik-adik.. akak nak adik-adik jangan lupakan pesanan akak..

* jaga solat
* jangan ponteng solat dan cukupkan 5 kali sehari semalam
* yang penting lakukan sesuatu yang baik tu kerana Allah ta'ala,bukan kerana mak ayah atau akak suruh.
* akak nak adik-adik akak jadi insan yang terbaik dan berjaya dunia akhirat..belajar bersungguh-sungguh kerana Allah dan banggakan family adik-adik..
* jadi anak-anak yang SOLEHAH yea..akak akan sentiasa doakan adik-adik..

akak akan always rindukan adik-adik dan doa akak akan sentiasa mengiringi adik-adik..caiyok2!!
akak takkan lupakan kenangan kita bersama..adik-adik memang THE BEST bagi akak.. (^_^)

ikhlas dari kak IDA untuk adik-adik yang akak sayangi kerana Allah.. <3 <3 <3