Wednesday 28 March 2012

Inilah takdirnya.. (^-^)



Kau hadir dikala aku memerlukan seorang teman..
kau hadir memberi cahaya bilaku hampir berputus asa..


Assalamualaikum cinta.. Alhamdulillah,syukurku panjatkan pada yang Esa kerana limpah Rahmat dan kasih sayangNya kita masih lagi diberi peluang untuk merasakan hembusan nafas ini yang telah sekian lama kita miliki..Subhanallah..Moga hembusan ini terus kita rasakan selari bersama aliran cinta kita pada yang Esa :-) Alhamdulillah, Akhirnya dengan terhasilnya BLOG yang telah lama diimpikan yang diberi nama "Deep In My Heart" sempena luahan hati untuk sahabat tercinta,maka lengkaplah separuh kebahgiaanku .. Ucapan terima kasih tidak terhingga buat adikku Puteri Nur Khalis kerna telah merialisasikan impian ini, "U are the best..!!" .

Buat sahabat yang aku sayangi kerana Allah..Syuhada Ahmad,Aishah Azhari dan Haszeana Mustapha.. Walaupun kehadiran Blog ini diluar pengetahuan kalian,inginku jadikan laman ini sebagai coretan kisah kenangan dulu dan impian pada masa akan datang,agar nanti bisaku berdiri dan utuh saat tiada lagi kekuatan dalam diri bilaku ditakdirkan sendiri.. ingin aku jadikan ia sebagai kekuatan,motivasi diri dan luahan hati saat air mata tidak lagi menampung luka di dalamnya.

Saat ini masih lagi aku terduduk,mungkin belum kuat untuk menerima segala kemungkinan walau sehabis daya cubaku pertahankan..moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik.. kita tidak mampu untuk merubah orang lain namun,kita harus mampu merubah diri sendiri..berusahalah sebaik mungkin.. :-)

No comments:

Post a Comment