Thursday 12 April 2012

Tentang Diriku..


Ku Biar Qalam Berbicara,Menghurai Maksudnya Di Jiwa..Agar Mudahku Mengerti Segala Yang Terjadi Sudah Suratan Illahi… Ku Biarkan Pena Menulis,Meluahkan Hasrat Di Jiwa..Moga Terubat Segala Keresahan Di Jiwa,Tak Pernah Ku Ingini…

Assalamualaikum Cinta..Alhamdulillah,inilah diriku.. yang mempunyai kelemahan dan kelebihan. Tidak akan pernah sempurna,tapi akan cuba menjadi lebih baik dari sekarang. Bukan sebagai manusia terhebat mahupun sebagai manusia teristimewa,tapi sebagai HAMBA,ANAK,SAHABAT,ADIK DAN KAKAK YANG SOLEHAH.. 

Impianku tinggi maka aku yakin dugaan yang harus aku hadapi juga amat sukar. Namun tidak akan pernah meruntuhkan semangatku untuk mengapainya. 

Hidup ini mendewasakanku,dugaan mematangkan diriku,mengenal maksud baik tuhan pada ketentuan,menjadikan aku lebih kuat dan yakin diri. Walaupun kekadang rapuh di persimpangan,namun jalan kebahagiaan masih jauh harusku tempuhi.

Setelah sekian lama menyulam kekuatan,akhirnya aku ampuh mengenggam semangat. Tidak ada lagi air mata harusku alirkan,cukuplah hanya untuk pencipta. 

Sebelum ini,bukanku cuba menangis atas kekecewaan,Cuma menyedari kesilapan diri. Yang dulu kian mencengkam hati insan-insan yang aku sayangi,kini baruku sadari.

Hari ini aku tabah,untuk merubah segalanya. Tidakku tahu dugaan apa yang menanti di hadapan,akanku tempuh. Selagi Allah sentiasa bersamaku,akanku rempuh. Moga cintaMu Illahi sentiasa memandu arah setiap liku kehidupanku.

Pernah semalam aku terduduk,menangis di persimpangan hidup. Mencari kebahagiaan,yang aku kira telah hilang diragut kekecewaan. Ternyata aku silap,ianya tidak pernah hilang,Cuma aku yang cepat putus asa untuk mencari kebahagiaan itu.
Aku jua manusia,yang mempunyai pelbagai perasaan. Aku mula merasa rindu,pada kenangan yang telah kami ukirkan dulu. Teramat sakit akan erti rindu itu,namun aku harus melupakan perasaan itu. Aku harus mampu untuk kuat,walaupun saat ini hati rapuh menanti rebah. 

Akan aku mampu menahan tangis,andai satu hari takdirku sendirian. Andai bukan lagi ditakdirkan mengukir kenangan bersamamu teman,izinkan ku ukir sejuta harapan di pertengahan jalan. Agar nanti mampu aku tersenyum lagi di penghujung perjalanan.
Terlalu banyak rasa yang cuba ku sembunyikan,berjuta senyuman dan gelak tawa cubaku pamirkan. Ternyata hati tidak mampu menipu diri,masih menangis tatkala sendirian,mencari ketabahan di sebalik wajah ketenangan.

Aku adalah aku,hamba Allah dan Pencinta illahi. Takkan jatuh menyerah takdir,pada kekecewaan yang tiada penghujung. Akanku bangun dan terus berjuang,untuk hari ini dan hari- hari yang mendatang. Kerana aku yakin,Allah itu ada..Allah sentiasa bersama..
Untuk apa aku menyerah pada hidup,Andai aku tahu DIAlah pemberi Kebahagiaan.. Akanku berjalan tanpa henti,kerana aku yakin ada sinar yang menanti.. (^_^)

BERJALAN TANPA HENTI
Bagaikan jauh jalan yang ku tempuh,
Langkah demi langkah akanku gagah,
Hari demi hari,berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti..

Tiada bertemu arah,yakin penuh pasrah,
padaNya yang kuasa daku berserah,
Jika ku rebah,jika ku kalah,
Bersaksilah RahmatNya akan terserlah.

Segala kepahitan,segala keperitan,
Terima bagai penghapus Dosa,
Malang yang menimpa,duka yang melara,
Mungkin di baliknya ada bahagia..

Jangan-jangan berputus asa,
Dari RahmatNya yang Maha Esa..
Jangan-jangan kita lupa,
Ujian lumpahnya dunia..

Coretan Dari Hati..
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian..itulah diriku ~

No comments:

Post a Comment