Thursday 12 April 2012

Sweetnye Allah..

Allah nie SWEET sgt..!!!


Nak tahu bila saya kenal Allah? Saya mula-mula kenal Allah lepas saya kehilangan ayah yang paling saya sayang pada 2009..hah!! baru 3 tahun?? Yup,betul..baru 3 tahun. Habis tu,selama nie xkenal Allah? bukan xkenal tapi xbetul2 kenal.dulu yang saya tahu Allah tu tuhan kita,kene selalu buat baik dan jauhi laranganya,solat lima waktu,puasa bulan ramadan baru la kita digelar orang islam.tapi saya solat pun sebab mak ngan ayah suruh..kadang2 saya solat,kadang2 saya tinggal..walaupun saya tinggal saya tak rasa ape2..jahilkan saya mase 2.. sebab mase 2 saya xbetul2 kenal Allah lagi..saya tak tahu erti rindu kat Allah,saya tak tahu erti cinta kat Allah..bile ingat balik saya nangis sebab ambik mase lame untuk kenal Allah.


Tapi,satu hal yang sangat2 saya tahu,pasti dan yakin tentang Dia. Allah ni kan..SWEET sangat~ J Nak tahu kenapa saya cakap Allah sweet?? Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.


Dia Pemberi Kekuatan


 Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.


Terkadang bila balik dari class,badan terasa sangat penat. Mane dengan assignment lagi tak siap,perbentangan lagi,tibe2 dapat tahu malam nie ade test..alamak..!! buku tak bace lagi..cepat2 saya balik dan mula ulang kaji. Mula2  bace sambil bersila,pastu bersandar. Sebab penat sangat2,tak sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Dah pukul 7! Okey,semak balik ape yang dah dibace tadi. Walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, bersihkan diri,solat dan bersedia untuk hadapi test.


Terkadang pernah balik seorang diri dari Kelantan ke K.L naik bas. Sampai kat hentian kajang pukul 5pagi. Mase tu,orang tak ramai lagi,kebanyakan tinggal kat situ orang india. Masing2 yang naik bas same2 tadi dah ade orang datang jemput. Sorang-sorang. Takut ke? Tak... Gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya.
Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!


"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107).

Dia Peneman Bicara

 Banyak yang terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang. Tapi terkadang ragu. Bukannya  semua orang faham perasaan kita. Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah. Ah! Biarkan aje lah..


Tapi pada Dia, saya tak malu nak bercerita. Semua sekali! Kadang2 saya nangis kat Dia sebab dah tak tertanggung perit yang saya lalui..tapi Dia kata takpe,nangislah sepuasnya. Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!


"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29).

Dia yang Kaya Raya


Selalukan kalau kita dengar cerita kawan kita dapat kakak angkat la,abang angat la,adik angkat la yang sweet sangat,sebab ape sweet sebab kalau pergi jalan-jalan mesti akan belikan hadiah atau belanje makan. Pastu mulalah saat tu semua orang memuji. “wah! Bagusnye kakak angkat ko,sweetnye ~” 


Eleh, cukup sweet dah ke tu? Kalau yang belanja tu sekadar guna duit loan,duit mak ayah atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Takkan sepanjang masa dia nak belanja kita. Duit dia pun nak digunakan untuk kegunaan dia jugak. Dalam hati memang terdetik nak rasa semua tu tapi satu yang saya pasti,Allah akan bagi saya lebih daripada itu.

Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia. Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. Segala-galanya. Amacam? Hebat tak Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!



Tapi kan, sebab Dia sweet sangat, Dia tak bagi semua ni pada saya directly. Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada family atau sumber-sumber lain. Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya. Dan dia tahu,saya tak perlukan sangat semua nie sebab saya lagi perlukan Dia dari segalanya. Sweetkan Allah?!


"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus: 31).

Dia yang Pemaaf


Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf. Haih!
Dengan Dia, saya ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan... keMAAFan.


Daripada mula saya lahir, sampailah umur 23 tahun  dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah. Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya. Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi saya peluang lagi. Kadang-kadang Dia bagi saya ujian sebab Dia terlalu rindu nak dengar rintihan saya,masa Dia bagi nikmat,saya lupa kat Dia,terkadang saya ulang balik kesalahan yang lalu,jadi Dia bagi saya ujian sebab Dia tahu pasti saya akan cari Dia. Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik. Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia PASTI akan tetap maafkan saya. Sebab Dia SAYANG sangat kat saya..Sweetnye~~




"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53).

Dia Pemberi Ketenangan


Keluh kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila sedih,kene marah,kene hina atau bila rindukan orang yang disayangi .


"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara kakak aku , hati aku mesti tenang.dialah pemberi inspirasi kat aku selama nie" 


Masa tengah ok semua baik,ape yang dia suruh dan arahkan,kita buat..sayang punya pasal.


Tapi, bila bergaduh...
"Benci betul la aku dengan kakak aku tu,selalu sakitkan hati aku,ape yang aku buat mesti salah,macam la dia tu baik sangat..ikut suke je nak kongkong aku.serabut otak aku,kalau dia takde lagi tenang aku rasa.." A'ah, tenang la sangat.



Paling tak best, bila dia marah, si kakak pulak ikut merajuk sekali. Bukannya nak pujuk. Dia  pulak yang kena pujuk balik. Apelah! Come on la Bro! Tak sweet!!!


Hmm..~
Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat. Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti dan jauh dari saya. Sweet kan?!


"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28).

Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Jugak!
Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.


Ada ketika saya buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya syok sendiri sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu. "Ek" betul saya kat Dia, kan!


Tapi... Dia sangat sweet... Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia. Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tang tang tu jugak Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!


"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216).


Saya rindu sangat kat Allah dan Allah 10 kali ganda rindu  kat saya,dia sayang sangat sampai Dia tak pernah lupa untuk memberi peringatan pada saya. Bila saya buat silap sikit,Allah tegur saya dengan ujian. Sebab dia taknak saya terus hanyut.lepas tu,Saya akan tersedar dan kembali pada Dia. Bila Allah bagi kesenangan dan kegembiraan,saya mula lupa diri,tapi sebab dia sayang saya,Dia ingatkan saya yang kebahagiaan& kemewahan dunia hanya sementara,akhirat kekal abadi. Dia suruh saya kongsi dengan orang yang lebih memerlukan. Kata-Nya nikmat syurga sebagai balasannya..Sweetkn Allah!


"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152).
Dia Pendamping Abadi


Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.
Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Tapi, semua orang nak yang terbaik. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada saya, Dia hadiahkan saya satu nasihat. Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita nak berikan gangsa?


"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur: 26).

Dia x nak saya terburu-buru dan tersalah pilih. Kerana Dia tahu siapa yang terbaik untuk saya. Dan Dia nasihatkan saya,untuk mendapat yang soleh,saya juga perlu menjadi yang solehah. Tidak akan sempurna seseorang itu jika hatinya bukan semata-mata kerana Allah. Oleh itu,,saya telah meletakkan syarat untuk si dia. cinta ku adalah seiring cinta mu kepada agama (Allah), dan jika hilang cinta mu kepada Allah,maka akan hilanglah cintaku padamu”...  


Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar... Yang Allah tu sweet~~~ Thank you Allah!

No comments:

Post a Comment