Tuesday, 22 May 2012
Masih lagi kenangan itu terlayar di mataku.. Saat kegembiraan kita,saat kesedihan kita..dikongsi bersama setiap masa.. Ada satu kenangan yang tak mampu aku lupakan hingga hari ini.. Kau ingat tak?? sebelum aku pergi sambung belajar,kau bagi aku surat.. Suratmu yang merupakan lagu bertajuk "SAHABAT". Kau tulis lagu tu dengan tulisan tangan.Aku ingat lagi,kau bagi surat tu awal dari tarikh aku berangkat.Kau kata bace lepas aku pergi..masa tu hati aku dah meronta-ronta nak bace tapi aku hormat pesan kau.. Aku tahu,mungkin kau tak nak aku bace depan kau,sebab kau tak nak nangis depan aku..Masa aku nak pergi aku sedih sangat,akhirnya aku tinggalkan kau untuk teruskan perjuangan kita. Kau kata,kau akan menyusul.. Sampai kat sana,aku bukak dan aku bace surat tu..menitis air mata bace surat tu..rupanya lagu tu adalah luahan hati kau.aku lekat surat tu kat dinding sebagai pengubat rindu dan pemberi semangat walaupun kau takde di sisi aku masa tu.. Saat ade masalah,aku tengok kata-kata dalam surat tu..aku rasa cam kau ade bersama aku..kau bagi nasihat dan kekuatan untuk aku bangun dari kekecewaan.. hakikatnya kau pemberi semangatku..walau jarak memisahkan,ikatan persahabatan itu menjalinkan kita.. itulah kenangan terindahku saat bersamamu.. (^_^)
Sunday, 20 May 2012
Assalamualaikum Cinta..Alhamdulillah,hari ini ada sesuatu yang inginku coretkan.. sebagai pengubat rindu dalam meniti hari-hari yang berlalu.. coretan ini ku tujukan buat insan yang pernah menjadi yang teristimewa dalam hatiku..
Terima kasih sahabat-shabatku..sudi hadir dalam setiap kenangan indah hidupku..terasa inginku abadikan saat indah itu di setiap genap inci kegembiraanku..Maafku pohon andai pernah menyakiti hatimu..Maaf juga andai pernah membuatmu menangis kerana kedegilanku..Aku adalah insan biasa yang cuba mencari kebahagiaan di sebalik kehadiran sahabat..ku akan doakan yang terbaik untukmu. kejarlah impianmu dengan penuh semangat dan redha illahi.. hidup takkan selamanya indah,andai hadir dugaan itu kerana Allah terlalu menyayangimu..bersabarlah,mungkin Allah ingin memberi yang lebih baik untukmu..dan aku masih di sini,mendoakan dan menyokongmu di dalam setiap perjuanganmu..dari kejauhan aku memerhati dan menunggumu..
Terima kasih sahabat-shabatku..sudi hadir dalam setiap kenangan indah hidupku..terasa inginku abadikan saat indah itu di setiap genap inci kegembiraanku..Maafku pohon andai pernah menyakiti hatimu..Maaf juga andai pernah membuatmu menangis kerana kedegilanku..Aku adalah insan biasa yang cuba mencari kebahagiaan di sebalik kehadiran sahabat..ku akan doakan yang terbaik untukmu. kejarlah impianmu dengan penuh semangat dan redha illahi.. hidup takkan selamanya indah,andai hadir dugaan itu kerana Allah terlalu menyayangimu..bersabarlah,mungkin Allah ingin memberi yang lebih baik untukmu..dan aku masih di sini,mendoakan dan menyokongmu di dalam setiap perjuanganmu..dari kejauhan aku memerhati dan menunggumu..
Thursday, 12 April 2012
Tentang Diriku..
Ku Biar Qalam Berbicara,Menghurai Maksudnya Di
Jiwa..Agar Mudahku Mengerti Segala Yang Terjadi Sudah Suratan Illahi… Ku
Biarkan Pena Menulis,Meluahkan Hasrat Di Jiwa..Moga Terubat Segala Keresahan Di
Jiwa,Tak Pernah Ku Ingini…
Assalamualaikum Cinta..Alhamdulillah,inilah diriku.. yang
mempunyai kelemahan dan kelebihan. Tidak akan pernah sempurna,tapi akan cuba
menjadi lebih baik dari sekarang. Bukan sebagai
manusia terhebat mahupun sebagai manusia teristimewa,tapi sebagai
HAMBA,ANAK,SAHABAT,ADIK DAN KAKAK YANG SOLEHAH..
Impianku tinggi maka aku yakin dugaan yang harus
aku hadapi juga amat sukar. Namun tidak akan pernah meruntuhkan
semangatku untuk mengapainya.
Hidup ini mendewasakanku,dugaan mematangkan diriku,mengenal
maksud baik tuhan pada ketentuan,menjadikan aku lebih kuat dan yakin diri.
Walaupun kekadang rapuh di persimpangan,namun jalan kebahagiaan masih jauh
harusku tempuhi.
Setelah sekian lama menyulam kekuatan,akhirnya aku ampuh
mengenggam semangat. Tidak ada lagi air mata harusku alirkan,cukuplah hanya
untuk pencipta.
Sebelum ini,bukanku cuba menangis atas kekecewaan,Cuma
menyedari kesilapan diri. Yang dulu kian mencengkam hati insan-insan yang aku
sayangi,kini baruku sadari.
Hari ini aku tabah,untuk merubah segalanya. Tidakku tahu dugaan apa yang menanti di hadapan,akanku
tempuh. Selagi Allah sentiasa
bersamaku,akanku rempuh. Moga cintaMu Illahi sentiasa memandu arah
setiap liku kehidupanku.
Pernah semalam aku terduduk,menangis di persimpangan hidup.
Mencari kebahagiaan,yang aku kira telah hilang diragut kekecewaan. Ternyata aku
silap,ianya tidak pernah hilang,Cuma aku yang cepat putus asa untuk mencari
kebahagiaan itu.
Aku jua manusia,yang mempunyai pelbagai perasaan. Aku mula
merasa rindu,pada kenangan yang telah kami ukirkan dulu. Teramat sakit akan
erti rindu itu,namun aku harus melupakan perasaan itu. Aku harus mampu untuk
kuat,walaupun saat ini hati rapuh menanti rebah.
Akan aku mampu menahan tangis,andai satu hari takdirku
sendirian. Andai bukan lagi ditakdirkan mengukir kenangan bersamamu
teman,izinkan ku ukir sejuta harapan di pertengahan jalan. Agar nanti mampu aku
tersenyum lagi di penghujung perjalanan.
Terlalu banyak rasa yang cuba ku sembunyikan,berjuta senyuman
dan gelak tawa cubaku pamirkan. Ternyata hati tidak mampu menipu diri,masih
menangis tatkala sendirian,mencari ketabahan di sebalik wajah ketenangan.
Aku adalah aku,hamba Allah dan Pencinta illahi. Takkan jatuh
menyerah takdir,pada kekecewaan yang tiada penghujung. Akanku bangun dan terus
berjuang,untuk hari ini dan hari- hari yang mendatang. Kerana aku yakin,Allah
itu ada..Allah sentiasa bersama..
Untuk apa aku menyerah pada hidup,Andai aku tahu DIAlah
pemberi Kebahagiaan.. Akanku berjalan tanpa henti,kerana aku yakin ada sinar
yang menanti.. (^_^)
BERJALAN TANPA HENTI
Bagaikan jauh jalan yang ku tempuh,
Langkah demi langkah akanku gagah,
Hari demi hari,berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti..
Tiada bertemu arah,yakin penuh
pasrah,
padaNya yang kuasa daku berserah,
Jika ku rebah,jika ku kalah,
Bersaksilah RahmatNya akan
terserlah.
Segala kepahitan,segala keperitan,
Terima bagai penghapus Dosa,
Malang yang menimpa,duka yang
melara,
Mungkin di baliknya ada bahagia..
Jangan-jangan berputus asa,
Dari RahmatNya yang Maha Esa..
Jangan-jangan kita lupa,
Ujian lumpahnya dunia..
Coretan Dari Hati..
Seseorang yang sentiasa bergurau senda
di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.
Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.
Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian..itulah diriku ~
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.
Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.
Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian..itulah diriku ~
Sweetnye Allah..
Allah nie SWEET sgt..!!!
Nak tahu bila saya kenal Allah? Saya mula-mula kenal Allah lepas saya kehilangan ayah yang paling saya sayang pada 2009..hah!! baru 3 tahun?? Yup,betul..baru 3 tahun. Habis tu,selama nie xkenal Allah? bukan xkenal tapi xbetul2 kenal.dulu yang saya tahu Allah tu tuhan kita,kene selalu buat baik dan jauhi laranganya,solat lima waktu,puasa bulan ramadan baru la kita digelar orang islam.tapi saya solat pun sebab mak ngan ayah suruh..kadang2 saya solat,kadang2 saya tinggal..walaupun saya tinggal saya tak rasa ape2..jahilkan saya mase 2.. sebab mase 2 saya xbetul2 kenal Allah lagi..saya tak tahu erti rindu kat Allah,saya tak tahu erti cinta kat Allah..bile ingat balik saya nangis sebab ambik mase lame untuk kenal Allah.
Tapi,satu hal yang sangat2 saya tahu,pasti dan yakin tentang Dia. Allah ni kan..SWEET sangat~ J Nak tahu kenapa saya cakap Allah sweet?? Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.
Dia Pemberi Kekuatan
Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.
Terkadang bila balik dari class,badan terasa sangat penat. Mane dengan assignment lagi tak siap,perbentangan lagi,tibe2 dapat tahu malam nie ade test..alamak..!! buku tak bace lagi..cepat2 saya balik dan mula ulang kaji. Mula2 bace sambil bersila,pastu bersandar. Sebab penat sangat2,tak sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Dah pukul 7! Okey,semak balik ape yang dah dibace tadi. Walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, bersihkan diri,solat dan bersedia untuk hadapi test.
Terkadang pernah balik seorang diri dari Kelantan ke K.L naik bas. Sampai kat hentian kajang pukul 5pagi. Mase tu,orang tak ramai lagi,kebanyakan tinggal kat situ orang india. Masing2 yang naik bas same2 tadi dah ade orang datang jemput. Sorang-sorang. Takut ke? Tak... Gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya.
Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!
"Tidakkah
kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu
pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107).
(Al-Baqarah: 107).
Dia Peneman Bicara
Banyak yang terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang. Tapi terkadang ragu. Bukannya semua orang faham perasaan kita. Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah. Ah! Biarkan aje lah..
Tapi pada Dia, saya tak malu nak bercerita. Semua sekali! Kadang2 saya nangis kat Dia sebab dah tak tertanggung perit yang saya lalui..tapi Dia kata takpe,nangislah sepuasnya. Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!
"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam
hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa
yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala
sesuatu."
(Ali 'Imran: 29).
(Ali 'Imran: 29).
Selalukan kalau kita dengar cerita kawan kita dapat kakak angkat la,abang angat la,adik angkat la yang sweet sangat,sebab ape sweet sebab kalau pergi jalan-jalan mesti akan belikan hadiah atau belanje makan. Pastu mulalah saat tu semua orang memuji. “wah! Bagusnye kakak angkat ko,sweetnye ~”
Eleh, cukup sweet dah ke tu? Kalau yang belanja tu sekadar guna duit loan,duit mak ayah atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Takkan sepanjang masa dia nak belanja kita. Duit dia pun nak digunakan untuk kegunaan dia jugak. Dalam hati memang terdetik nak rasa semua tu tapi satu yang saya pasti,Allah akan bagi saya lebih daripada itu.
Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia. Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. Segala-galanya. Amacam? Hebat tak Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!
Tapi kan, sebab Dia sweet sangat, Dia tak bagi semua ni pada saya directly. Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada family atau sumber-sumber lain. Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya. Dan dia tahu,saya tak perlukan sangat semua nie sebab saya lagi perlukan Dia dari segalanya. Sweetkan Allah?!
"Katakanlah
(Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi,
atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan
siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang
mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka
mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu
tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus: 31).
(Yunus: 31).
Dia yang Pemaaf
Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf. Haih!
Dengan Dia, saya ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan... keMAAFan.
Daripada mula saya lahir, sampailah umur 23 tahun dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah. Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya. Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi saya peluang lagi. Kadang-kadang Dia bagi saya ujian sebab Dia terlalu rindu nak dengar rintihan saya,masa Dia bagi nikmat,saya lupa kat Dia,terkadang saya ulang balik kesalahan yang lalu,jadi Dia bagi saya ujian sebab Dia tahu pasti saya akan cari Dia. Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik. Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia PASTI akan tetap maafkan saya. Sebab Dia SAYANG sangat kat saya..Sweetnye~~
"Katakanlah,
Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53).
(Az-Zumar: 53).
Dia Pemberi Ketenangan
Keluh kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila sedih,kene marah,kene hina atau bila rindukan orang yang disayangi .
"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara kakak aku , hati aku mesti tenang.dialah pemberi inspirasi kat aku selama nie"
Masa tengah ok semua baik,ape yang dia suruh dan arahkan,kita buat..sayang punya pasal.
Tapi, bila bergaduh...
"Benci betul la aku dengan kakak aku tu,selalu sakitkan hati aku,ape yang aku buat mesti salah,macam la dia tu baik sangat..ikut suke je nak kongkong aku.serabut otak aku,kalau dia takde lagi tenang aku rasa.." A'ah, tenang la sangat.
Paling tak best, bila dia marah, si kakak pulak ikut merajuk sekali. Bukannya nak pujuk. Dia pulak yang kena pujuk balik. Apelah! Come on la Bro! Tak sweet!!!
Hmm..~
Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat. Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti dan jauh dari saya. Sweet kan?!
"(yaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28).
(Ar-Ra'd: 28).
Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.
Ada ketika saya buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya syok sendiri sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu. "Ek" betul saya kat Dia, kan!
Tapi... Dia sangat sweet... Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia. Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tang tang tu jugak Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!
"...Tetapi
boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh
jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216).
(Al-Baqarah: 216).
"Maka
ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152).
Dia Pendamping AbadiDia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.
Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Tapi, semua orang nak yang terbaik. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada saya, Dia hadiahkan saya satu nasihat. Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita nak berikan gangsa?
"...
sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan
laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur: 26).
(An-Nur: 26).
Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar... Yang Allah tu sweet~~~ Thank you Allah!
Thursday, 5 April 2012
Merubah Diri Menjadi Lebih Baik.. (^_^)
Assalamualaikum Cinta.. Ternyata kekecewaan mampu
mendewasakanku..ku katakan ini sebagai kalimahku sendiri. Kekecewaan juga
mengajarku erti hidup,maksud sebuah tangisan dan sekelumit rasa. Ternyata ia
lebih terang jika mampu merubahnya untuk muhasabah diriku sendiri.. Terkadang
hidupku terasa berat,tidak ku mungkiri pernah ingin cuba mengalah.Bukan
bermaksud untuk berhenti,Cuma ku rasakan tidak kuat untuk hati terus
bertahan..Lalu ku cuba mencari kekuatan melalui kekecewaan,kini ku akan memberi
yang terbaik,walaupun aku bukan yang terbaik..
Tanpa disedari
terlalu banyak kesilapan yang kita lakukan dalam hidup. Samada dalam sedar atau
tidak,kita sebenarnya lebih memikirkan akan hal diri sendiri hingga lupa pada
jiwa orang lain dan orang yang dekat dengan kita. Dalam merasa betul
itu,terlakar 1000 kesalahan dalam diri kita tanpa kita sedari,dan hanya orang
yang ingin menjadikan kita lebih baik akan memperbaiki kesalahan-kesalahan itu.
Tanpa kita
sedari juga,orang itu sentiasa di sisi kita ketika susah atau senang kita.
Menasihati saat kita salah dan menerima seadanya saat kita kekurangan. Memberi
ketika kita memerlukan,gembira saat kita Berjaya. Tapi itulah kita,yang tidak
pernah menyedari akan semua kebenaran ini, malah lebih memikirkan akan rasa dan
hati sendiri dan akhirnya banyak jiwa-jiwa yang terluka.
Kita membiarkan
mereka merawat luka itu sendiri,menjadi tabah atas kesilapan kita
sendiri,membina keyakinan atas kekecewaan yang kita hadiahkan. Dan kita di
sini,terus menyalahkan mereka,melemparkan segala kesalahan itu atas bahu
mereka,tapi apa yang mereka buat?? Sabar dan terus bersabar,kerana kata mereka
“aku menerimanya bukan kerana dirinya,tetapi kerana Allah. Maka aku menerimanya
apa adanya”. Mereka itu adalah insan bernama sahabat.
Maka,tidakkah
kita ingin berterima kasih dengan insan ini? Dengan cara apa?? Jawapannya..
Berhenti mementingkan diri sendiri,berhenti mencari dan mengharap yang terbaik
dari sahabat kerana mereka juga insan biasa,yang akan sentiasa melakukan
kesilapan. Menerima apa saja yang ada pada dirinya,samada kebaikan atau
kekurangan. Tiada manusia yang sempurna melainkan Allah.
Kadang-kadang aku menangis sendiri,aku lupa
aku berkenalan dengan seorang manusia,aku berteman dengan seorang sahabat yang
bernama makhluk Allah. Aku cuba membuat ia Nampak sempurna sedangkan aku tahu
mereka bukan sempurna.
Berhenti
mencari dan mengharap pada sahabat sejati,..x semua yang kita impikan
akan dapat kita gapai,kadang-kadang x semua yang kita harapkan akan sempurna
seperti yang diimpikan. Mungkin kita telah temui “dia” tapi tidak semestinya
“dia” melengkapi apa yang kita inginkan,memiliki apa yang kita impikan,mengerti
apa yang kita angankan, “dia jua manusia,ada kelemahan dan kelebihan.
Jika mengaku
terima seadanya,kita perlu sedia untuk dikecewakan dan menangis kerana kita
sudah memilih. Mungkin pilihan kita sudah tepat,Cuma kita masih tak mampu
betul-betul menerima kekurangan “dia”, Harus mempunyai sikap qana’ah (merasa
cukup).
Dunia ini penuh
dengan liku-liku,jika hadapi dengan sabar dan tenang,kebahagiaan abadi di
akhirat akan kita perolehi. Manusia juga tidak sama keinginan dan sifat,pasti akan
ada percanggahan dan ketidak serasian. Harus berhemah menangani dan banyak
mengunakan kesabaran dan pengertian. Kita tidak mampu untuk merubah orang
lain,tapi harus mampu merubah diri sendiri. Jika tidak mampu mendapat yang
diimpikan,cubalah menjadi yang diimpikan,itu lebih baik ..
Perpisahan
Termanis (^_^)
Bila nanti kita berpisah
Jangan kau lupakan
Kenangan yang indah,kisah
kita
Jika memang kau tak tercipta untukku miliki,
Cubalah mengerti yang
terjadi
Bila mungkin memang tak
bisa,jangan pernah coba memaksa..
Untuk tetap bertahan,di
tengah kepedihan..
Jadikan ini perpisahan
termanis,
Yang indah dalam hidupmu
sepanjang waktu
Semua berakhir tanpa
dendam dalam hati
Maafkan semua salahku
Yang mungkin
menyakitimu..(^_^)
Tuesday, 3 April 2012
Merawat Hati Menjadi Lebih Kuat.. (^ _^)
Assalamualaikum Cinta…Yang Menciptakan Alam Semesta dan Hati Yang Rapuh Ini..Inginku Bicarakan PadaMu,akan Erti Rasa Ini,Melalui Pena Cubaku Coretkan,Menghurai maksud Yang Tersembunyi Di Jiwa..Dulunya Sedikit Terkecewa,Pada Maksud Ketentuan. Namun Kini,Ternyata Telah Mampu Mengerti Makna Baik Pada Ketenangan.
MENGUBAH KEKECEWAAN MENJADI KELEMBUTAN HATI
Sahabatku yang harus menjadi lebih kuat daripada kekecewaannya, katakanlah ini sebagai kalimatmu sendiri …
Tuhanku Yang Maha Lembut,
Di pagi yang penuh janji kebaikan ini, aku memutuskan untuk tidak lagi mengharapkan tidak adanya kekecewaan dalam hidupku.
Jika impianku tinggi dan jika harapanku besar, aku harus menerima kemungkinan kecewa.
Karena, kekecewaan adalah perbedaan antara harapan yang besar dan kenyataan yang kecil....
Mulai hari ini aku akan melihat bahwa kekecewaan adalah perintah untuk meningkatkan kemampuan, dan mengulangi upaya dengan cara yang lebih baik, dan dengan hati yang lebih sabar.
Hari ini aku akan mengubah pedihnya kekecewaan sebagai tenaga untuk melembutkan hatiku.
Aku tidak akan menjadikan kekecewaanku untuk mempertanyakan keadilan hidup, tapi menggunakannya untuk melembutkan hatiku, untuk mengerti maksud baik Tuhan di balik semua kejadian.
Tuhanku Yang Maha Lembut,
Sahabatku yang harus menjadi lebih kuat daripada kekecewaannya, katakanlah ini sebagai kalimatmu sendiri …
Tuhanku Yang Maha Lembut,
Di pagi yang penuh janji kebaikan ini, aku memutuskan untuk tidak lagi mengharapkan tidak adanya kekecewaan dalam hidupku.
Jika impianku tinggi dan jika harapanku besar, aku harus menerima kemungkinan kecewa.
Karena, kekecewaan adalah perbedaan antara harapan yang besar dan kenyataan yang kecil....
Mulai hari ini aku akan melihat bahwa kekecewaan adalah perintah untuk meningkatkan kemampuan, dan mengulangi upaya dengan cara yang lebih baik, dan dengan hati yang lebih sabar.
Hari ini aku akan mengubah pedihnya kekecewaan sebagai tenaga untuk melembutkan hatiku.
Aku tidak akan menjadikan kekecewaanku untuk mempertanyakan keadilan hidup, tapi menggunakannya untuk melembutkan hatiku, untuk mengerti maksud baik Tuhan di balik semua kejadian.
Tuhanku Yang Maha Lembut,
Bantulah aku hari ini dan di hari-hari yang panjang dalam hidupku yang lapang di masa depan, untuk mengubah kekecewaan menjadi kelembutan hati.
Dengan hati yang lembut, aku akan tersambung mesra denganMu, wahai Yang Maha Lembut.
Jika hatiku terhubung mesra denganMu, aku akan Kau pelihara dengan keadaan dan pemberian yang tak pernah ku tahu dapat kuminta dariMu..
Jika hatiku terhubung mesra denganMu, aku akan Kau pelihara dengan keadaan dan pemberian yang tak pernah ku tahu dapat kuminta dariMu..
Wahai Tuhanku Yang Maha Lembut..
Ampunilah sahabatku,jagalah dia dan imannya.aku tidak terdaya memimpinnya seiring denganku,mengengam erat tangannya untuk sama-sama mengapai cintaMu,walaupun dulu itu impianku.
Didiklah hatinya,sentuhlah jiwanya,kurniakanlah dia kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat,kerana aku tahu hanya diriMU yang paling dekat dengan hatinya. Aku di sini akan terus menunggu dan mendoakan, dengan air mata kasih yang tidak pernah putus..agar satu masa nanti jika persahabatan ini masih lagi milik kami,dengan rahmat dan kasih sayangMU,kami akan dipertemukan..insyaAllah. Jika bukan di dunia,izinkan kami menjadi sahabat di syurgaMu..
Aamiin…
Aamiin…
Subscribe to:
Posts (Atom)